Detik Kelahiran Bebii Nawrah (Part I)

Saturday, March 10, 2018



Assalamua'alaikum and hai semua. Harini Fie nak story rentetan pengalaman kali pertama Fie melahirkan anak Fie. Get ready since Fie yakin post kali ni agak panjang rasenyer. Hewheww. image


Mari Fie mulekan dengan sehari awal sebelum Fie lahirkan puteri sulung Fie, Nurul Nawrah al Ieman binti Muhammad Ridzuan al Sidiq ni. So akan ade dua part. Hari sebelum dan hari yang lahirnya anak Fie.

Part I

7 Julai 2017

Start seawal 12.00 a.m pagi Fie ade muntah-muntah sampai ke subuh. Fie rase ade lebih 5 kali Fie muntah-muntah. Fie memang ade mengalami mual di waktu pregnant tapi pada first trimester je, lepas pade tu takde dah. Sampai lah tengah malam tu Fie muntah teruk balik. Sampai tak nyempat-nyempat nak ke tandas, muntah sebelah katil Fie. Even dah habis segala isi perut dimuntahkan pun perut Fie pakse muntah lagi, muntah kosong lah. Perit betul mase tu. Till subuh baru reda. image

Then, dalam pukul 10.00 a.m camtu, Fie rase something taw kat perut ni. Memang ade rase macam senggugut tapi tak sakit macam senggugut sangat lah. Just sikit-sikit gitu je sakitnya. Tapi baby dalam perut pasif and macam asik nak mengeras. Fie perasan lah macam tak normal. Tapi Fie confuse nak ke hospital ke tak sebab ekceli due date baby Fie ni 21 Julai 2017 taw. Ni baru 7 Julai, awal 2 minggu! Pape pun, Fie tetap takud jugak lah kan. So Fie tanya pendapat ibu Fie, akak ipar and makcik Fie. Huhuu. Dorang kata tu antara tande jugak tu. Akak ipar Fie suruh catat timing yang Fie rasa macam senggugut tu sebab takud tu contraction. Fie pun tak tahu kan rasa contraction camne sebab ini pertama kali weh. Huhuu. So Fie catat lah, at first macam selang setengah jam sakit senggugut tu datang,tapi lama-lama jadi makin kerap. 15 minit, 10 minit sampai lah ke 5 minit. Terus Fie ajak husband Fie pergi hospital. image

Why lah berbeza macam apa yang selalu Fie tengok kat TV tu? Hahaa. Dalam TV kemain nak bersalin air ketuban pecah lah, darah keluar lah. Sakit perut sangat lah. Fie jadi was-was nak ke hospital sebab takde pun tande macam dalam TV tu hahaa. Tapi Fie baca dalam buku pink kata, kalau muntah-muntah, rasa nak pitam and pandangan kabur boleh pegi hospital. So Fie ajak jelah untuk menghilangkan segala teka-teki Fie nak bersalin ke tak ni kan.

Sampai je hospital Fie pergi kaunter wad emergency bersalin, oh Fie pergi Hospital Ampang. Memang niat di hati lama dah nak bersalin dekat sini je sebab jarak dia sekangkang kera je dari rumah Fie. Taknak susahkan husband Fie hantar jauh-jauh. Lagipun Hospital Ampang ni husband-friendly. Means husband boleh masuk labour room teman wife nak bersalin. Ha sambung, sampai je kaunter tu Fie story lah ape jadik kat Fie. Nurse pun macam tak percaya je gaya diorang memula sebab due date lama lagi kan. Tapi still dorang masukkan jugak lah Fie dalam unit pemeriksaan,

Dah masuk je, Fie kene tanggal seluar pakai kain hijau. Okay, sampai turn Fie, doktor pelatih rasanya yang check Fie sebab he seemed a bit chaotic huhuu. At first that doctor soal siasat Fie. Dia kata maybe Fie food poison tapi Fie nafikan sebab malam before today Fie makan menu sama dengan husband Fie tapi husband Fie sehat walafiat jer. Then dia agak maybe sebab baby Fie sendiri yang alah dengan Fie makan kod. Ha ini boleh diterima. Fie baru teringat yang tiap kali Fie makan burger daging mesti Fie muntah-muntah malam nya. Time tu Fie makan burger daging lah! Huuhukk. Tapi still doktor tu nak check bukaan.

Okay, ini kali pertama kene seluk wehhhh. Dahlah dokter tu LELAKI. Tapi its okay, Fie dah redho lama bende ni sebab Fie memahami semua hospital kerajaan kekurangan dokter wanita dalam bidang perbidanan ni. That time dokter tu check baru 1 setengah cm katanya terbukak and dia mintak pendapat macam nurse yang dah senior gitu. Nurse tu suruh tulis bukaan baru 1 cm je and dia macam nak suruh Fie balik dulu. Yelah, akak ipar Fie pun kata bukaan ni biase dari 1 cm nak jadi 3 cm tu makan masa half day jugak. So Fie serius redho dengan tawakal je ape yang Fie kene hadapi that day. Kalau nurse suruh balik ye balik jelah. Kalau kene stay, Fie stay lah.


Pastu tetiba ade doktor lelaki India tapi tak tahulah kacukan ke apa, dia putih dan hensem. image Dia lalu dekat katil Fie and tanye doktor pelatih serta nurse tu.


Doktor India Hensem: Kenapa patient tu?  

Nurse: Patient ni bukaan dia baru 1cm, nak suruh dia balik ke macam mana dokter. 

Doktor India Hensem: Kenapa nak suruh dia balik? Suruh dia stay nanti saya check dia. Kalau ade katil kosong biar je dia masuk ward.

Maka, nurse and dokter pelatih tu turuti jelah arahan dokter tu sebab nampaknya itu dokter betul bukan pelatih and macam memang doktor agak senior jugak kodd. Huhuu, suka aku dengan respond dokter tu. Dahlah hensem. Kahhh! So, nurse suruh aku tunggu luar dulu untuk tunggu sampai dokter India tu panggil.

Sampailah turn Fie kene panggil dengan dokter India tu. Kali ni masuk bilik lain, bilik yang hanya ade satu katil di situ. Dokter tu bertemankan sorang nurse yang agak friendly. Diorang suruh baring sebab dokter India tu nak seluk. Tapi Dokter India tu bagus, dia mintak maaf dulu sebab kene seluk tu and dia kata mungkin akan sakit siked. Fie macam okay jelah sebab kalau Fie relax macam mase kene seluk dengan dokter pelatih tadi rasanya tak sakit pun. Tapi tak wehhh! Kali ni betul sakit. Huwaaa. Fie tataw lah ape dokter India tu buat tapi rasa macam dia robek-robek dalam Miss V Fie tu. Huwaaa sakit rasa macam nak tendang muka dokter India tu. Tapi dokter India tu keep saying yang Fie good sebab pandai relaxkan diri. Pehh dia tatahu Fie macam nak menjerit sakit wooo. After je tu, dia stop seluk and keluarkan tangan dia sambil kata:

 "Okay dah 3cm, carik katil untuk dia."

Like what? Serius lah, baru setengah jam tadi Fie dengar 1cm, and now dah 3cm? Okay now Fie paham kenapa sakit. Dokter India tu tolong besrakan bukaan Fie. So, kene lah Fie salin baju pinky-winky tu. Fie keluar je, husband Fie terkejut and nampak muka dia macam dah risau-risau gitu hahaa. Yelah tak sangke dah kene warded padahal lama lagi due date.
Maka pergilah Fie ke ward. Husband Fie balik rumah balik untuk bawak segala barang Fie and baby.



Sampai je katil, Fie masuk ward paling low class je, 1 ruang 8 katil. Fie okay je. Sekeliling katil Fie semua ibu-ibu mengandung. Ade yang nampak perut masih besar, ade yang macam dah kempis, dah bersalin kodd. Fie rehat je that time, hari pun dah petang. Since bukaan Fie masih 3cm so tak boleh masuk labour room sebab labour room penuh. Kene at least 4cm baru boleh masuk. Sampai lah malam menjelang. Okay ini lah dia the real contraction yang aku pernah dengan ustazah ni cakap sakit dia 6 kali ganda daripada normal senggugut. So, you guys yang pernah rase senggugut boleh bersyukur kod at least korang dah paham sakit contraction nak bersalin tu camne. Sumpah sakit dia buat Fie rasa nak lari satu bangunan tu jerit sakittt, sakitttt. Hahaa. Baby asik mengeraskan diri dalam perut ni rasa macam nak pecah perut, senak gila. Pinggang Fie takyah cakap lah, rase nak patahkan je bagi hilang sakit dia. Mase ni lah datang segala perasaan menyesal sebab Fie dulu degil sangat nak minum susu. Fie tak suka susu sobss. Maka bertarunglah Fie dengan sakit contraction tu sampai ke esok pagi. Fie tak tidur langsung. Mujurlah suami Fie setia temankan Fie walaupon hanya texting sebab bukan waktu melawat. Jeles je Fie tengok mommy-mommy lain yang sekeliling katil Fie tidur lena siap berdengkuqq hahaa. Okay sambung ke next part, next entry okay! Sebab dah habis dah story pada 7 Julai 2017. If nak Fie sambung secepat mungkin, do leave your comment okay! Hehee. image



P/S: Next part best taw, Fie akan story pengalaman dalam labour room and pengalaman Fie lahirkan anak Fie ni berbeza dengan normal. Stay tuned! Huhuu. Lain kali Fie update okay.

17 comments:

  1. ya Allah fie, thanks for sharing pglmn fie.

    sriously period pain mmg sakit tp if 6x ganda sakit tu omg, takutnyeeee :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu. sakit contraction lebih sakit dari sakit bersalin >_<

      Delete
  2. Huuuu nervous betul bila baca pengalaman org ni. Huu. Satu experience yang tak semua org blh dpt. Nak dapat experience cmni kena kahwinggg huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah huhuu. fie pun dah kawin selama setahun lebih baru merasa pengalaman ni buat pertama kali nya ;)

      Delete
  3. kadang kadang rasa seram bila baca or borak pasal bab bab ni. Tapi bila tanya individu yang dah mengalaminya, majoriti yang akan kata sakit tapi tetap nak anak lagi. this is kelebihan wanita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss. betul sangat. sakit tapi bila tengok anak yang kita kandung selama 9 bulan tu selamat dilahirkan, nampak je wajah dia. Allahuu akbar, tak boleh nak nyata betapa gembira dan syahdu nya lahaaii. suka perasaan waktu tu. tu yang buat rasa nak ade anak lagi tu heheheheee :D

      Delete
  4. seram uii.. doktor lelaki pulak itu. kenapa doktor perempuan tak ramai ye? eh hahahahha btw tahniah ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seram kannn huhuu. sebenarnye ramai je wanita yang mase belajar amik medic ke arah perbidanan ni. tapi bila diorang cuba kerja diorang surrender. sebab orang bersalin memang takkan putus, sehari 24 jam pasti ade je yang nak bersalin menyebabkan diorang penad and tak cukup masa untuk keluarga dan untuk lakukan benda lain. biaselah wanita tak sekental lelaki, maka mereka give up. ni apa yang saya pernah bace dari hamba Allah mana say tak ingat, dia bagi jawapan ni kepada ibu-ibu di sana yang mengeluh hospital kerajaan banyak dokter lelaki sambut kelahiran baby ni. hehee. sebab tu saya amatlah kagum dengan dokter wanita yang ada di bidang perbidanan yang masih kental hingga kini macam salah seorang mak rakan saya. rakan saya sendiri kata dia susah nak dapat spend time masa ngan mak dia. sedih tapi itulah pengorbanan dokter untuk insan-insan yang memerlukan.

      hehee. ini based on bacaan and pengalaman saya lah ^^

      Delete
  5. Bagus entri ni. Sangat berguna bagi bakal ibu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul betul. hee. at least dah ade hint-hint serbe-sedikit ^^

      Delete
  6. Sharing yang sangat bermanfaat. Tahniah

    ReplyDelete
  7. Panjangnya.. tapi nak tunggu sambungan dia lagi. Hehe

    ReplyDelete
  8. wah good sharing yer fie... kadang-kadang orang lain tak tahu hal-hal camni sedangkan perkara camni ni memang kena amik tahu juga kerana melibatkan nyawa si ibu dan anak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terime kasih. hee. fie share pengalaman je ^_^

      Delete