Tak Kenal Maka Tak Cinta

Thursday, March 9, 2017

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Hai semua! Okay bulan Mac ni sumpah a very hectic month lah for Fie and hubby Fie! Tak menang tangan kami berdua! Wuwuu~ Dari 1 Mac till today, 8 Mac akan busy dari siang ke malam. Esok lusa pun begitu. 
Baru ni kami diduga dengan kes pecah kereta. Kesian Alza hubby kene pecah, sobss. 

So, Fie pun kekeringan idea nak update entry dengan cerita apa. 

Piker punya piker, Fie rase nak kenalkan diri Fie lah. Diri Fie yang sebenar-benar. Hope you guys sudi nak kenal dengan Fie yang sebenar ni kekekeee. 


Okay, for the first, Fieona FieRidz ni bukan nama Fie pun heheekk. Nama sebenar Fie adelah Nurul Atieqah binti Arzemi. Mane dapat nama Fieona FieRidz? Mase kecik dulu ade sorang abe ni sokmo panggil Fie dengan nama Fieona pasal dulu top lagu AC Mizal yang Fiona~~ tu. Hahaa. FieRidz pulak, just gabungan nama Fieona ni dengan nama suami Fie yaitu Ridzuan

Then, Fie is June's baby! Besday Fie 5 Jun 1995, lahir pukol 12.39 pm. Haa! Sapa June's baby macam Fie please put your hands up bebehh! Hehekk. So, untuk 2017 ni, umur Fie already 22.
Fie anak kelahiran Hospital Besar Ipoh, Perak komeeeerr~ Fie ade tiga adik-beradik and Fie anak sulong, Fie juge anak tunggal perempuan. So, walaupon anak sulong, tapi manje Fie kalahkan anak bongsu hehehee. 

Fie mase tadika, belajar di Tadika Nur Furqan dekat Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam. Sekolah rendah still dekat lokasi sama di SK Jalan Kebun and SRA Jalan Kebun. Secondary school baru lerr jauh siked dari parent Fie, adelah dalam 10km tu hehee. Fie sekolah dekat SAMT Sultan Hisamuddin, Kota Raja, Klang till form 5 lah. Actually after PMR, Fie dapat tawaran dari SBP Jempol, Nogori. Tapi abah tak kasi pergi sebab taknaak Fie jauh huhuu. After SPM, Fie continue ke KMM, Kolej Matrikulasi Melaka. Now, Fie continue Ijazah Sarjana Muda dalam kos Zoologi di UNIMAS, Universiti Malaysia Sarawak. Ade 2 semester lagi inshaa-Allah nanti boleh graduate dah! Ni pun lambat graduate sebab tangguh sem jap. 

Okay, now part paling best siked kod? Status Fie. Fie single till 2013. Awal tahun 2013, sementare tunggu result SPM, Fie dilamar oleh seorang jejaka yang sangat berani. Tak kenal sampai sebulan dah berani lamar Fie jadi isteri hehee. So, pade bulan Ogos 2013, raye aidil fitri kedua, jejaka ni merisik hantar cincin, maka kami ikatlah dulu hubungan ni memandangkan Fie asik pi carik pasal belajar jauh-jauh, mahu tak takud si jejaka tu hilang Fie. Hehekk. Perancangannye mase tu, kitorang taknak tunang, habis je Fie belajar kat Sarawak dalam 3 tahun baru terus nikah. Tapi jodoh sampai awai, alhamdulillah 1 Ogos 2015 Fie dinikahkan dengan jejaka berani tersebut, sah jadi suami isteri yang halal. Tak habis belajar pun lagi huhuu. Dan alhamdulillah again, di bulan Oktober 2016, Fie tukar status jadi mommy-to-be. Inshaa-Allah Julai 2017, Fie akan officially mommy aminnn! Ini reason kenapa Fie terpakse tangguh sem, hee. 

Siapa jejaka berani tersebut?

Okay, hubby Fie lah jejaka berani yang Fie cinta amet-amet sampai sekarang and sampai Jannah lah! Heee. Nama dia Muhammad Ridzuan al Sidiq bin Mohd Radzi. Panjang baqq angg nama laki hang ye Fie. Hahaa.Dia tua 6 tahun dari Fie. Inshaa-Allah ni pun akan turun serta join official club daddy-daddy seluruh dunia di Julai 2017 nanti. Hihii. Tak sabar nak jumpa junior kami duaaa. 


Fie dan suami tercinta Fie 



Okay tu jelah, hehee. So akhir kata, Fie nak ucap:

SELAMAT BERKENALAN SEMUA BLOGGER! 


Tiada Baucer Buku Lagi di Tahun 2017?

Monday, February 20, 2017

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Serius lah tahun ni pelajar tak dapat baucer buku? Serius wehh, Fie tak tipu. Wuwuuu. 

Kita dah takkan dapat baucer buku lagi. TAPI! Kita akan dapat kad debit Bank Rakyat yang akan diisi dengan RM250 buat belanje beli buku (KADS1M)! Kekekeee.  Di bawah ni notice rasmi dari Bank Rakyat berkenaan baucer buku kene tukar ke kad debit ni.




So, how lah nak dapat kan kad debit Bank Rakyat ni?

Alright, that was the purpose why I posted this entry. Lets check it out booo! 

So, bawah ni Fie akan buat langkah-langkah macam mane nak dapatkan kad debit Bank Rakyat ni:

image Sila ke laman WEB INI untuk mendaftar.

image Isi kan sahaja borang dalam laman web tu. Yang part alamat tu, isi ikut alamat di Kad Pengenalan korang okay. Fie letak alamat lain tak lepas daftar kekekee.

image Untuk bahagian Section D: Prefered Branch tu, korang pilih any location cawangan Bank Rakyat yang senang korang nak pergi untuk daftar and amik kad debit Bank Rakyat tu tadi.

image Tick segala syarat-syarat tu then SUBMIT!

image Pastu kalau berjaya, maka keluarlah lagi dia punya arahan serta list barang or dokumen yang perlu di bawa ke lokasi cawangan Bank Rakyat yang akan dia emailkan nanti.

image Okay tu je. Senang kan?

Bawah ni Fie selitkan pula dengan FAQ (Frequently Ask Questions):

image Tak kene caj pape ke untuk buat benda ni?
image Okay, kene caj RM5 untuk segala proses tu nanti.

image Fie, saya takde akaun Bank Rakyat macam mane pulak?
image Yang takde akaun Bank Rakyat jangan risau. Sebab bile daftar ni automatik kad debit Bank Rakyat ni akan jadi kad debit kita juga nanti.

image Kalau dah ada akaun Bank Rakyat?
image Daftar saje lah kat laman web tadi and bawak kad debit korang tu nanti ke Bank Rakyat selepas dia dah email. Lagi senang, but still kene bayar RM5 nanti untuk proses tu.

image Tarikh permohonan dah buka ke?
image Dah awak. Start 16 Februari 2017 baru ni.

image Tarikh tutup permohonan bila Fie?
image Tarikh tutup setakad ni dia takde maklumkan lagi. Tapi dah alang-alang internet connection korang stabil tu, ape kate pergi sekarang je laman web tu. Hahaa. Sekejap je punn.

image Kenapa lah pulak dia tukar baucer ni jadi kad debit pulak?
image Sebabnye nak elak student-student yang suke sangat nak jual baucer buku ni dekat orang lain lah aka si ulat baucer buku. Nak elakkan salahguna jugak.

image Boleh beli buku je ke Fie pakai kad debit tu?
image Macam biase jugak. Boleh beli buku dan alat tulis sahaja. Itu pun depend pada kedai jugaa.

image Fie, saya tak paham apa-apa pun!
image Aiyoo serius lah? Hah! Nak senang, tepat, padat dan mutakhir punya info. Nah KLIK SINI! Huhuu.



P/S: Selamat mendaftar ye korang para pelajar! Kalau Fie ade salah di mana-mana boleh bagitahu di ruangan komen! Thank you! 




Jom Kenal Fieona RidzQa!

Friday, February 17, 2017

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Haiii! Dalam entri kali ni, Fie nak kenal kan blog baru Fie! Nama diaaaa, FIEONA RIDZQA! Hehehee. 

Jemput lawatttt~! 

Tujuan buat secong blog ni sebabb Fie nak asingkan cerita-cerita di personal blog Fie or primary blog Fie yang FIEONA FIERIDZ ni dari entri-entri yang berkategorikan sebagai join contest, segment or giveaway tu.

Disebabkan Fie yang agak rajin jugak update this primary blog ni, so agak tak best bila join any segment yang kene pin ke ape ke kan, then Fie punya yang konon-konon new entry gempak tu tak jadi entri first di blog ni. Hahahaaa! So Fie pun decide lah buat new blog khas and special untuk join itu semuaaa. Bijak tak Fie? 

Errr, asal Fie rasa ayat Fie cam terabur habis eh? Kan korang? Sorry, maybe sebab pagi lagi kan, so otak semacam kelaut siked. Lebih-lebih lagi baby dalam perut Fie ni pun aktif semacam pagi ni. Hadehhh. 

Btw, jemput singgah blog baru Fie okengg!

P/S: Blog baru Fie tu tak boleh nak pasang gadget follower yang biase tu. Tataw lah kenapa, sobsobss. So, yang berkeinginan nak follow, follow jelah pakai Google+ tuu ye. Yang nak Fie follow blog dia pun boleh tinggal jejak di chatbox blog baru Fie tu. TYSM! Sayang korang~