Detik Kelahiran Bebii Nawrah (Part II)

Thursday, March 22, 2018

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Okay, harini Fie akan sambung Part II tentang detik kelahiran little princess Fie and suami. Yang tak bace lagi Part I boleh KLIK SINIimage

Part II

8 Julai 2017

Setelah semalaman Fie bertarung dengan sakit contraction Fie, seingat Fie, lepas subuh baru sakit contraction tu berkurang and ade darah keluar, tak banyak. Macam period hari ketiga je kuantiti darahnya. Fie bagitahu nurse, nurse just suruh pakai pad since itu bende normal katanya. Sepanjang Fie di hospital tu Fie langsung takde selera nak makan sebenarnye sebab sakit contraction tu. Tapi pagi tu suami Fie pakse Fie suruh makan jugak sebab takud kene bersalin harini, nanti Fie takde tenaga pulak nak teran bersalin. Fie makan kurma and air milo. Entahlah, orang kata tak elok minum milo, tapi alhamdulillah Fie okay je lah. Air selusuh tak sempat buat pun sebab ingat lama lagi nak bersalin nye kan. Huhuu. Makanan hospital Fie tak lalu nak telan sebab heavy meal. image

Dalam jam 8.00 pagi tu, ade dokter perempuan ni buat check up dari ke katil ke katil. Sesampai je doktor tu ke katil Fie, dia tanya Fie ade contraction tak. So Fie jawablah ade. Jadi dia again nak check bukaan Fie. Lepas je dia check, terus dia bagi arahan dekat nurse like this.

"Okay, patient ni dah 4 cm, suruh dia salin baju. Dah boleh masuk labour room (LR)."

Fie as usual, dengan blurrrrr habisnya lah kann. Nurse tu bagi Fie baju bilik bedah yang putih just ikat-ikat tu je tu. Serius Fie tak pernah pakai baju tu and tak tahu nak pakai camne. So, Fie pegi toilet, Fie pakai baju surgery tu je semata-mata. Sampailah ade patient sorang ni tengok Fie sambil tergelak kecil gitu. So Fie tanya lah, salah ke cara Fie pakai? Then patient tu kata, pakailah kain dulu. Hahahaaaa. Lol Fie ni, seksi habis dia pakai baju surgery berikat tu je semata-mata. Buat malu nombor satu Fie ni. So, pakailah Fie baju tu dengan betul hahaaa. image

Then nurse tanya Fie, dah call suami ke. Fie expect nurse tu tanya Fie sebab yang normally para ibu buat bila nak masuk LR tu kan, bermaaf-maaafan ngan suami tu kod. So, Fie pun text and call suami mintak maaf and doa dia. Fie text keluarga and rakan-rakan Fie jugak mohon doa diorang semua. Suami Fie keep texting Fie, risau benorr dia hihihiii. image
Pastu again nurse tu tanya dah call suami ke kan. Fie time ni dah tak paham apesal lah nurse ni sibuk sangat hal Fie ngan suami. Fie dah cakap dah call dah. Tapi tetap dia tak bawak pi LR.
Then nurse tu kata, takpelah, bagitahu suami Fie nak ke LR dah. Nurse tu sorong Fie pakai kerete sorong. image

Keluar je dari wad bersalin, Fie nampak kelibat suami Fie pegang phone. So Fie pun automatically lambai tangan kat suami bye-bye dia. Pastu nurse tanya tu suami ke, Fie jawablah ye. So, nurse suruh suami ikut sekali. Hahahahaaa. Okay, Fie dah dapat and paham kenapa nurse asik tanya dah call suami ke tak tu. Rupanya nak ajak suami masuk LR. Huhuu. Lambat betul Fie ni. image

Takdelah, Fie tak expect tang suami boleh masuk LR tu. Yes, memang before Fie ade mention Hospital Ampang ni husband-friendly, tapi Fie ingat kene lah isi borang bagai ke kan kalau nak masuk LR tu. Suami Fie takde isi borang bagai so Fie memang dah redho suami Fie tak teman masuk LR tu. Rupanya yesss suami Fie boleh masukkk teman Fie bertarung nyawa. Happy sangat Fie, semangat je nak bersalin rasa. Hahaa. image

Masuk je LR, suami Fie tak boleh masuk lagi sementara dia nak pasang berbagai alat and wayar kat Fie tu. Waktu ni air ketuban Fie masih belom pecah. So dia tolong pecahkan pakai cam hook panjang hujung dia runcing gitu nak pecah kan air ketuban Fie. Waktu ni, Fie rasa dokter pelatih yang ditugaskan pecahkan air ketuban Fie. Dokter perempuan. Dia seluk hook tu, nampak ngeri hook tu sebab panjang and runcing, tapi bila dah seluk dalam tak perasan pun. Tahu-tahu air ketuban pecah. Bawah ni bagaimana rupa hook tu. image




Perasaan waktu air ketuban pecah tu tataw lah nak kata camne. Tapi memang Fie layan giler and rase terawang-awangan hahaa. Sebab air ketuban tu suam gilaaa and banyak. Serius best je rasa air suam tu melimpah. Tapi again ade kesilapan di sini. Dokter betul datang tanya dokter pelatih yang ditugaskan pecahkan air ketuban Fie tu. image

Dokter: Dah pecah dah?
Dokter Pelatih: Dah.
Dokter: Awak ade rasa bulu-bulu?
Dokter Pelatih: Bulu-bulu? (sambil muka blurr dia)
Dokter: (mengeluh dan mintak izin Fie untuk dia seluk Fie). Okay, ade rase (bulu-bulu).
Dokter pelatih: Ohh rambut babyyy. 
Dokter: (Geleng kepala).

Selesai je pecahkan ketuban, perut Fie kerap mengeras. Pastu nurse yang in charged LR Fie tanya Fie, nak suntik something ni tak. Fie tak ingat ape bende, tapi bukan inducer. Tak cucuk kat tulang belakang pun. Nurse tu kata ramai orang pakai injection tu. Sebab injection tu bantu mempercepatkan bukaan. Dia takde long-term side effect. Just short-term side effect which Fie dan anak Fie akan mengalami ngantuk yang dasyat gila macam kene ubat pelali. Tapi walau Fie mangantuk, badan dan otak Fie tetap menjalankan tugas meneran tu. So, Fie setuju jelah amik injection tu. Nurse tu inject dekat peha Fie. Then suami Fie dibenarkan masuk.

Ohh, dalam LR, semua peralatan kemas even subang kat telinga pun kene tanggal. Badan kene sehelai sepinggang dibalut baju surgery saja

Suami Fie masuk jer, dia terus genggam tangan Fie. Fie kene inject dalam pukul 10.00 pagi centu. Nurse cakap, since bukaan Fie baru 4 cm and ini anak pertama, normally akan makan mase dalam 8 jam centu baru Fie akan bersalin. Jadi nurse tu arahkan Fie baring je ikut posisi yang Fie selesa. So, Fie baring mengiring menghadap suami Fie. Fie memang ngantuk gila, berat gilaaaa mata waktu tu sampai terlepas genggaman tangan Fie dari tangan suami Fie tu. Fie terlena, tapi Fie tak lena 100%, separa sedar lah. Fie sedar yang perut Fie tak berenti meneran. Selang 5 minit terann, sebiji rasa macam nak berak najis sembelit. Hahaa. Pinggang tak sakit pung. Waktu ni sakit dia rasa sakit perut nak berak je. Takde sakit teruk macam contraction tu.

Waktu Fie bertarung nyawa tu, suami Fie cerita balik kat Fie mase tu punya keadaan dalam LR lepas je Fie selamat bersalin.

Suami Fie kata, nurse dua kali suruh suami Fie makan dulu ke kan sebab katanya anak first take time dekat 8 jan nak keluar. Tapi suami Fie berat hati nak tinggal Fie dalam LR tu sesorang walaupon Fie time tu tak sedar pun dah suami Fie kat mana. Sampailah satu masa macam 11.15 pagi centu, Fie rasa kali ni lain macam teranan dia, paling kuatt rasa nak meneran. Fie bunyik mengerang teran tu pun kuat siked dari before. Fie rasa something besar nak keluar. Fie teran sepuas hati dalam keadaan mengiring tu. Sebab Fie tak berapa nak sedar, Fie tahu Fie nak lepaskan something besar tu je. Pastu, terlepas je something besar tu, ya Allah, Fie rasa heaven giler. Hilang segala kesakitan, rasa ringan giler. Tapi Fie terus terkejut and sedar sebab rasa macam Fie terberak, malu woiii nanti dokter and nurse nampak, huwaaa. On the spot panggil suami and cakaplah kat dia sambil ngantuk tu. image

"Kande, baby rase and bende besar keluar, kande check, baby rase baby terberak lah".

Tapi husband Fie tak check, dia terus keluar LR carik nurse or dokter sebab dalam LR masa tu hanya Fie dan suami je. Mase suami keluar LR tu Fie dengar suare baby taw. Just suara kecik and pendek, bukan suare nangis pun.

"Ekkk."

Ha gitu suara dia. So pastu dokter tanya suami kenapa, Fie dah nak teran ke? Pastu Fie jawablah, Fie dengar suara baby. Jam 11.30 pagi, dokter terus selak kain Fie and cer teka apa di sebalik kain Fie?

TADAAAA~ Jam 11.36 a.m. selamat anak Fie dilahirkan~

Anak Fie wehh, Bebii Nawrah. Dia rupanya "najis besar" yang Fie piker tadi. Huhuhuu. Anak Fie terbaring sujud centu, muka sembam ke katil sebab tu dia tak berbunyik plus anak Fie tido akibat injection tadi kan. So, dokter terus tepuk belakang badan dia, barulah Bebii Nawrah nangis sekejapp uweek uwekkk. Nurse letak ke dada Fie untuk susukan dia lepas je dah potong tali pusat dia. Fie tak boleh nak feeling apa sebab sumpah Fie masih ngantuk tahap dewaaa. Then doktor seluk lagi untuk keluar kan segala uri and sisa darah yang tertinggal dalam rahim tu. Tapi memang dalam LR Fie kecoh. Sebab Fie bersalin sesorang tanpa bantuan mana-mana nurse or dokter. Dokter jugak ade yang marah nurse yang patut jaga Fie kat LR tu takde dengan Fie. Nurse tanya Fie takde rase sakit ke bersalin, Fie jawablah tak, tahu-tahu dah keluar je, Fie ingat Fie berak. Huhuu. image

Pape pun, Fie bersyukur semua selamat, anak Fie tak tergelongsor ke bawah walaupon takde sape sambut dia. Katil Fie pernuh darah sampai kene buang tilam Fie baring sebab nurse memang tak prepare pape untuk Fie. Kain lapik takde. Alatan surgery macam gunting, forcep semua tu pun time selak kain Fie nampak si Bebii Nawrah baru dorang kelam-kabut carik. Yelah, expectation 8 jam, sekali 1 jam setengah je Fie selamat lahirkan puteri hati Fie.
Disebabkan ni, Fie dikenekan caj RM 0.00 untuk LR services sebab no one yang sambut anak Fie. Huhuu. Murahlah siked daripada orang lain walaupun dah bersubsidi. Huhuu.

Tapi, Fie mengalami luka yang teruk, jahitan yang sangat banyak sebab Fie berada dalam posisi tak betul. Fie baring mengiring bukan kangkang. Habis dah nurse yang kata Fie boleh baring camne Fie selesa sebab 8 jam katanyaaa. Fie tak tanya lah berapa jahitan, ape yang Fie dengar dia kata teruk almost nak ke lubang punggung luka dia. Nurse tu adelaah rasa nya benanng sepanjang 30cm dia ganti sampai dua kali baru habis jahit luka Fie. Baru tahu jahit luka ni bukan pakai jarum tapi cangkuk macam mata kail pancing tu hahaaa. Fie tengok pun seriauuu. Tapi sebab ngantuk masih tak hilang so time dia sibuk menjahit tu Fie tidoo. Anak Fie dah selamat diiqamatkan dan tengah dimandikan oleh nurse dengan suami Fie. image

Dalam pukul 1.00 petang, Fie dah boleh keluar LR and kembali ke wad bersalin. Patient lain semua terkejut tengok perut Fie dah hilanggggg. Hahaa. So, patient sebelah katil tanya, dah bersalin? Fie jawablah dah, terus dia terkejut and cakap "sekejapnyaaaa". Hahaaa. Alhamdulillah Allah permudahkan. Sebab tu jujur Fie kata, skala 1 hingga 10, untuk sakit bersalin, Fie bagi 1. Tapi skait contraction Fie bagi 8/9. Hahaa.
Then sampai lah anak Fie ke katil Fie. Fie susukan Bebii Nawrah then Fie and Bebii Nawrah tertido. Suami Fie pun. Penad wooo bertarung nyawa nak bersalin dalam LR tadi. Ekceli bukan waktu melawat tapi suami Fie dapat excuse lah sebab Fie baru lepas bersalin kan. Sampailah petang tu baru lah family Fie datang melawat.

Esoknya, awal pagi 9 Julai 2017 baru Fie discharge sebab kita tak boleh keluar selagi anak tak kencing and berak. Kene tunjuk kat nurse kencing and najis baby, kalau everything normal, baru boleh balik.

Okay, itulah dia kesudahan detik kelahiran anak Fie. Hee. Thanks semua sudi baca, tinggal komen okayyyimageimage


image

Gambar pertama yang dedii tangkap selepas selamat dilahirkan. Yes, mata dia memang terus buntang bulat centu bila sampai je wad bersalin macam nampak jeeee sekeliling. Huhuu. Patient lain pun terkejut tengok mata di bukak besor gitu.


Ni, selepas keluar wad. Berpantang sehari saja di rumah mama mertua, selebihnya di rumah ibu Fie.


Ini agak latest phot lah, masa 7 bulan. Dah pandai duduk dalam baby chair. Heee.


Okay, sekian saja kisah. Oh nama penuh tuan puteri Fie and suami ni, Nurul Nawrah al Ieman Binti Muhammad Ridzuan al Sidiq. Maksud nama dia, Cahaya Bunga Keimananimage 


image

image

Detik Kelahiran Bebii Nawrah (Part I)

Saturday, March 10, 2018



Assalamua'alaikum and hai semua. Harini Fie nak story rentetan pengalaman kali pertama Fie melahirkan anak Fie. Get ready since Fie yakin post kali ni agak panjang rasenyer. Hewheww. image


Mari Fie mulekan dengan sehari awal sebelum Fie lahirkan puteri sulung Fie, Nurul Nawrah al Ieman binti Muhammad Ridzuan al Sidiq ni. So akan ade dua part. Hari sebelum dan hari yang lahirnya anak Fie.

Part I

7 Julai 2017

Start seawal 12.00 a.m pagi Fie ade muntah-muntah sampai ke subuh. Fie rase ade lebih 5 kali Fie muntah-muntah. Fie memang ade mengalami mual di waktu pregnant tapi pada first trimester je, lepas pade tu takde dah. Sampai lah tengah malam tu Fie muntah teruk balik. Sampai tak nyempat-nyempat nak ke tandas, muntah sebelah katil Fie. Even dah habis segala isi perut dimuntahkan pun perut Fie pakse muntah lagi, muntah kosong lah. Perit betul mase tu. Till subuh baru reda. image

Then, dalam pukul 10.00 a.m camtu, Fie rase something taw kat perut ni. Memang ade rase macam senggugut tapi tak sakit macam senggugut sangat lah. Just sikit-sikit gitu je sakitnya. Tapi baby dalam perut pasif and macam asik nak mengeras. Fie perasan lah macam tak normal. Tapi Fie confuse nak ke hospital ke tak sebab ekceli due date baby Fie ni 21 Julai 2017 taw. Ni baru 7 Julai, awal 2 minggu! Pape pun, Fie tetap takud jugak lah kan. So Fie tanya pendapat ibu Fie, akak ipar and makcik Fie. Huhuu. Dorang kata tu antara tande jugak tu. Akak ipar Fie suruh catat timing yang Fie rasa macam senggugut tu sebab takud tu contraction. Fie pun tak tahu kan rasa contraction camne sebab ini pertama kali weh. Huhuu. So Fie catat lah, at first macam selang setengah jam sakit senggugut tu datang,tapi lama-lama jadi makin kerap. 15 minit, 10 minit sampai lah ke 5 minit. Terus Fie ajak husband Fie pergi hospital. image

Why lah berbeza macam apa yang selalu Fie tengok kat TV tu? Hahaa. Dalam TV kemain nak bersalin air ketuban pecah lah, darah keluar lah. Sakit perut sangat lah. Fie jadi was-was nak ke hospital sebab takde pun tande macam dalam TV tu hahaa. Tapi Fie baca dalam buku pink kata, kalau muntah-muntah, rasa nak pitam and pandangan kabur boleh pegi hospital. So Fie ajak jelah untuk menghilangkan segala teka-teki Fie nak bersalin ke tak ni kan.

Sampai je hospital Fie pergi kaunter wad emergency bersalin, oh Fie pergi Hospital Ampang. Memang niat di hati lama dah nak bersalin dekat sini je sebab jarak dia sekangkang kera je dari rumah Fie. Taknak susahkan husband Fie hantar jauh-jauh. Lagipun Hospital Ampang ni husband-friendly. Means husband boleh masuk labour room teman wife nak bersalin. Ha sambung, sampai je kaunter tu Fie story lah ape jadik kat Fie. Nurse pun macam tak percaya je gaya diorang memula sebab due date lama lagi kan. Tapi still dorang masukkan jugak lah Fie dalam unit pemeriksaan,

Dah masuk je, Fie kene tanggal seluar pakai kain hijau. Okay, sampai turn Fie, doktor pelatih rasanya yang check Fie sebab he seemed a bit chaotic huhuu. At first that doctor soal siasat Fie. Dia kata maybe Fie food poison tapi Fie nafikan sebab malam before today Fie makan menu sama dengan husband Fie tapi husband Fie sehat walafiat jer. Then dia agak maybe sebab baby Fie sendiri yang alah dengan Fie makan kod. Ha ini boleh diterima. Fie baru teringat yang tiap kali Fie makan burger daging mesti Fie muntah-muntah malam nya. Time tu Fie makan burger daging lah! Huuhukk. Tapi still doktor tu nak check bukaan.

Okay, ini kali pertama kene seluk wehhhh. Dahlah dokter tu LELAKI. Tapi its okay, Fie dah redho lama bende ni sebab Fie memahami semua hospital kerajaan kekurangan dokter wanita dalam bidang perbidanan ni. That time dokter tu check baru 1 setengah cm katanya terbukak and dia mintak pendapat macam nurse yang dah senior gitu. Nurse tu suruh tulis bukaan baru 1 cm je and dia macam nak suruh Fie balik dulu. Yelah, akak ipar Fie pun kata bukaan ni biase dari 1 cm nak jadi 3 cm tu makan masa half day jugak. So Fie serius redho dengan tawakal je ape yang Fie kene hadapi that day. Kalau nurse suruh balik ye balik jelah. Kalau kene stay, Fie stay lah.


Pastu tetiba ade doktor lelaki India tapi tak tahulah kacukan ke apa, dia putih dan hensem. image Dia lalu dekat katil Fie and tanye doktor pelatih serta nurse tu.


Doktor India Hensem: Kenapa patient tu?  

Nurse: Patient ni bukaan dia baru 1cm, nak suruh dia balik ke macam mana dokter. 

Doktor India Hensem: Kenapa nak suruh dia balik? Suruh dia stay nanti saya check dia. Kalau ade katil kosong biar je dia masuk ward.

Maka, nurse and dokter pelatih tu turuti jelah arahan dokter tu sebab nampaknya itu dokter betul bukan pelatih and macam memang doktor agak senior jugak kodd. Huhuu, suka aku dengan respond dokter tu. Dahlah hensem. Kahhh! So, nurse suruh aku tunggu luar dulu untuk tunggu sampai dokter India tu panggil.

Sampailah turn Fie kene panggil dengan dokter India tu. Kali ni masuk bilik lain, bilik yang hanya ade satu katil di situ. Dokter tu bertemankan sorang nurse yang agak friendly. Diorang suruh baring sebab dokter India tu nak seluk. Tapi Dokter India tu bagus, dia mintak maaf dulu sebab kene seluk tu and dia kata mungkin akan sakit siked. Fie macam okay jelah sebab kalau Fie relax macam mase kene seluk dengan dokter pelatih tadi rasanya tak sakit pun. Tapi tak wehhh! Kali ni betul sakit. Huwaaa. Fie tataw lah ape dokter India tu buat tapi rasa macam dia robek-robek dalam Miss V Fie tu. Huwaaa sakit rasa macam nak tendang muka dokter India tu. Tapi dokter India tu keep saying yang Fie good sebab pandai relaxkan diri. Pehh dia tatahu Fie macam nak menjerit sakit wooo. After je tu, dia stop seluk and keluarkan tangan dia sambil kata:

 "Okay dah 3cm, carik katil untuk dia."

Like what? Serius lah, baru setengah jam tadi Fie dengar 1cm, and now dah 3cm? Okay now Fie paham kenapa sakit. Dokter India tu tolong besrakan bukaan Fie. So, kene lah Fie salin baju pinky-winky tu. Fie keluar je, husband Fie terkejut and nampak muka dia macam dah risau-risau gitu hahaa. Yelah tak sangke dah kene warded padahal lama lagi due date.
Maka pergilah Fie ke ward. Husband Fie balik rumah balik untuk bawak segala barang Fie and baby.



Sampai je katil, Fie masuk ward paling low class je, 1 ruang 8 katil. Fie okay je. Sekeliling katil Fie semua ibu-ibu mengandung. Ade yang nampak perut masih besar, ade yang macam dah kempis, dah bersalin kodd. Fie rehat je that time, hari pun dah petang. Since bukaan Fie masih 3cm so tak boleh masuk labour room sebab labour room penuh. Kene at least 4cm baru boleh masuk. Sampai lah malam menjelang. Okay ini lah dia the real contraction yang aku pernah dengan ustazah ni cakap sakit dia 6 kali ganda daripada normal senggugut. So, you guys yang pernah rase senggugut boleh bersyukur kod at least korang dah paham sakit contraction nak bersalin tu camne. Sumpah sakit dia buat Fie rasa nak lari satu bangunan tu jerit sakittt, sakitttt. Hahaa. Baby asik mengeraskan diri dalam perut ni rasa macam nak pecah perut, senak gila. Pinggang Fie takyah cakap lah, rase nak patahkan je bagi hilang sakit dia. Mase ni lah datang segala perasaan menyesal sebab Fie dulu degil sangat nak minum susu. Fie tak suka susu sobss. Maka bertarunglah Fie dengan sakit contraction tu sampai ke esok pagi. Fie tak tidur langsung. Mujurlah suami Fie setia temankan Fie walaupon hanya texting sebab bukan waktu melawat. Jeles je Fie tengok mommy-mommy lain yang sekeliling katil Fie tidur lena siap berdengkuqq hahaa. Okay sambung ke next part, next entry okay! Sebab dah habis dah story pada 7 Julai 2017. If nak Fie sambung secepat mungkin, do leave your comment okay! Hehee. image



P/S: Next part best taw, Fie akan story pengalaman dalam labour room and pengalaman Fie lahirkan anak Fie ni berbeza dengan normal. Stay tuned! Huhuu. Lain kali Fie update okay.

Kembali Dengan Duka

Wednesday, February 14, 2018

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Hai, Fie kembali tapi Fie tak happy. Fie kembali blogging just to make diri Fie ni busy memanjang. Why nak busy? Sebab now Fie ade kat Sarawak sesorang continue study Fie dan anak Fie dekat semenanjung. Dah paham kan? image

Yes, Fie sedih sangat sebab ni kali pertama Fie berjauhan dengan anak Fie dan terus dalam jangke mase yang lame pulak tuh! Sobsss. Anak Fie baru 7 bulan, anak pertama dan the only anak Fie setakad ni. Ermmm itulah tu, tetibe muncul cerite sedih camni pulak hahaaaa. Its okay, coming soon Fie akan cerite pasal anak Fie ye. Now nak focus kenapa Fie kembali blogging je after a very looooong time. Almost setahun jugak tinggal blog ni hahaa.

Fie baru kembali ke Sarawak 10 Februari which kelmarin. Waktu tu, dari boarding sampai ke Sarawak Fie nangis tak berhenti. Dah sampai kolej pun masih nangis. Okay, the truth, sampai ke harini pun kejap-kejap nangis lagi hahaa. Wehhhh, tinggal anak weh. Masih baby pulak tuh, ibu mane yang tak nangis? image

So guys, if korang or kenalan korang pernah hadapi situasi macam Fie or ala-ala macam situasi Fie, cer share kat komen siked. Ermm kalau nak bagi tips tak teringat anak selalu sampai menangis pun boleh gak, amat lah dialu-alu kan. Komen saja di bawah! Fie akan baca and lawat blog korang jugak nanti! Kalau belum follow, opkos Fie akan follow nanti!image