Senyum.

Thursday, September 8, 2016

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Senyum, senyum, berat macam mana pun dugaan kita, senyumlah. Tak rugi pun.

Hari ini, aku tiba-tiba teringatkan tabiat suami aku yang terlalu murah dengan senyuman.

Aku masih ingat kali pertama aku bertemu suami aku, dia tersenyum. Senyuman yang jelas nampak keikhlasan di dalam senyumannya itu.

Dulu, sumpah aku pelik macam mana suami aku boleh begitu berani dan hati kering untuk senyum dengan semua manusia yang termasuklah orang asing yang dia tak kenal pun siapa.

Terlalu murah senyumannya.

Tetapi, yang lebih pelik, semua manusia yang mendapat hadiah senyuman dari suami aku tersebut semuanya membalas senyuman suamiku dengan senyuman yang aku jugak nampak ade keikhlasan di dalamnya. Dan lebih menarik, kadang-kadang ade yang terus mengambil langkah bertegur-sapa dengan suami aku.

Untuk aku yang berbeza dengan suami aku, untuk aku yang sangat mahal senyumannya, sumpah aku kagum dengan apa yang aku lihat, dan sumpah aku kagum dengan tabiat suami aku.

Alhamdulillah, sekaligus benda ni membuka hati dan minda aku, tiada salah untuk senyum walaupun kepada orang yang kita tak kenali.

Hari ini, lepas aku teringatkan satu tabiat suami aku ni, aku senyum dengan semue orang. Alhamdulillah semua membalas senyuman aku, malah ada yang menegur sekaligus bergurau dengan aku. Yes, of course, aku tak kenal mereka. Haha. Dan paling penting, percaya lah, dengan hanya senyuman boleh membuatkan kita seharian merasa gembira. Inshaa-Allah.

Iyalah, jangan lupa juga ye, SENYUM ITU KAN SEDEKAH.


Jom SENYUM! 

So, nak tahu lah, korang semua jenis yang macam suami aku atau macam aku? Murah senyuman atau mahal senyuman? Ape reason kenape korang ade tabiat tu? Hee. Jom share di komen! ^^

12 comments:

  1. Bagus ada suami yg suka senyum. Bukan senang nak senyum dgn stranger. Kalau buat smiley senyum senang la.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, nak buat smiley senyum memang senang hehee ^^

      Delete
  2. lagipun senyuman itu sat sedekah. smile can spread a positive vibes to0 :D

    ReplyDelete
  3. Hai! Hana tengah senyum baca entri ni! :D :D :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai hana! bagus hana! teruskan senyum heee :D

      Delete
  4. hehemm sy bukanlah jenis murah senyuman dulu. skrg dah nak ubah tabiat tu :) nice entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, jom ubah sama-sama jom! ^.~

      Delete
  5. Suka senyum but some times org tk reply pun senyum kita. Creepy sgt ke kita senyum hahaha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaaa. itu nampaknya kene suruh orang yang tak balas senyumman awak tu bace entry ni! kekekeee XD

      Delete
  6. dulu time kene marah cikgu pun sempat lagi tersenyum-senyum hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa, ini rare ni. Kene marah pun boleh senyum lagi. Huhu.

      Delete