Tiada Baucer Buku Lagi di Tahun 2017?

Monday, February 20, 2017

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Serius lah tahun ni pelajar tak dapat baucer buku? Serius wehh, Fie tak tipu. Wuwuuu. 

Kita dah takkan dapat baucer buku lagi. TAPI! Kita akan dapat kad debit Bank Rakyat yang akan diisi dengan RM250 buat belanje beli buku (KADS1M)! Kekekeee.  Di bawah ni notice rasmi dari Bank Rakyat berkenaan baucer buku kene tukar ke kad debit ni.




So, how lah nak dapat kan kad debit Bank Rakyat ni?

Alright, that was the purpose why I posted this entry. Lets check it out booo! 

So, bawah ni Fie akan buat langkah-langkah macam mane nak dapatkan kad debit Bank Rakyat ni:

image Sila ke laman WEB INI untuk mendaftar.

image Isi kan sahaja borang dalam laman web tu. Yang part alamat tu, isi ikut alamat di Kad Pengenalan korang okay. Fie letak alamat lain tak lepas daftar kekekee.

image Untuk bahagian Section D: Prefered Branch tu, korang pilih any location cawangan Bank Rakyat yang senang korang nak pergi untuk daftar and amik kad debit Bank Rakyat tu tadi.

image Tick segala syarat-syarat tu then SUBMIT!

image Pastu kalau berjaya, maka keluarlah lagi dia punya arahan serta list barang or dokumen yang perlu di bawa ke lokasi cawangan Bank Rakyat yang akan dia emailkan nanti.

image Okay tu je. Senang kan?

Bawah ni Fie selitkan pula dengan FAQ (Frequently Ask Questions):

image Tak kene caj pape ke untuk buat benda ni?
image Okay, kene caj RM5 untuk segala proses tu nanti.

image Fie, saya takde akaun Bank Rakyat macam mane pulak?
image Yang takde akaun Bank Rakyat jangan risau. Sebab bile daftar ni automatik kad debit Bank Rakyat ni akan jadi kad debit kita juga nanti.

image Kalau dah ada akaun Bank Rakyat?
image Daftar saje lah kat laman web tadi and bawak kad debit korang tu nanti ke Bank Rakyat selepas dia dah email. Lagi senang, but still kene bayar RM5 nanti untuk proses tu.

image Tarikh permohonan dah buka ke?
image Dah awak. Start 16 Februari 2017 baru ni.

image Tarikh tutup permohonan bila Fie?
image Tarikh tutup setakad ni dia takde maklumkan lagi. Tapi dah alang-alang internet connection korang stabil tu, ape kate pergi sekarang je laman web tu. Hahaa. Sekejap je punn.

image Kenapa lah pulak dia tukar baucer ni jadi kad debit pulak?
image Sebabnye nak elak student-student yang suke sangat nak jual baucer buku ni dekat orang lain lah aka si ulat baucer buku. Nak elakkan salahguna jugak.

image Boleh beli buku je ke Fie pakai kad debit tu?
image Macam biase jugak. Boleh beli buku dan alat tulis sahaja. Itu pun depend pada kedai jugaa.

image Fie, saya tak paham apa-apa pun!
image Aiyoo serius lah? Hah! Nak senang, tepat, padat dan mutakhir punya info. Nah KLIK SINI! Huhuu.



P/S: Selamat mendaftar ye korang para pelajar! Kalau Fie ade salah di mana-mana boleh bagitahu di ruangan komen! Thank you! 




7 comments:

  1. Nice information sis, tapi untuk student jea kan.. =)

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak beli buku. huhuh tapi ni untuk student ja kan..?

    ReplyDelete
  3. Informasi yang sangat bermanfaat. Terima kasih fionaz

    ReplyDelete
  4. Ya Allah comeynyaaaaaaa blog ni, ai kenot concentrate entry ni tauuu, hahaha geram comel sgt.

    ReplyDelete
  5. Alaa fie, sy bukan plajar da. hahaha.

    ReplyDelete
  6. Aww thanks for the info! Mok blog pasal ni juga but been so busy lately >_< bless you

    ReplyDelete