السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Alhamdulillah, penantian selama 1 tahun 3 bulan membuahkan hasil. Hee. Alhamdulillah, my baby almost 5 bulan dah! <3
So this post, I want to share how my journey from the day that I expected was pregnant till today! ^^ So, lets start!
19 November 2016
Harini tataw awat Fie teringin sangat nak makan spegeti carbonara sampaikan Fie masak sorok-sorok dalam bilik sebab taknak share dengan housemate Fie. Padahal Fie sebenarnye seorang yang pemurah tapi harini lain macam sikit jahat die. Hahaa.
Lepas siap je carbonara tu berselera sungguh Fie makan hahaa. Tetiba tak lama lepas makan tu Fie punye perut rasa memulas gila nak muntah. Then the whole day Fie muntah. Ape yang Fie syak, Fie keracunan makanan je. Tapi nak dijadikan story, kawan datang melawat sebab nak bagi cerita kat hard disk dia tak silap. So dia nampak carbonara tu, dia nak. Sebab Fie dah muntah-muntah tu, so Fie bagi jelah kawan Fie makan. Sampai ke lewat malam Fie masih muntah-muntah, Fie try makan donut housemate Fie masak pun Fie muntahkan balik. Memang lemah satu badaan Fie the whole day tu. Tapi kan kawan Fie yang makan carbonara tu sehat walafiat je, so bukan lah Fie kene food poison.
Waktu ni Fie piker kifarah sebab Fie kedekut carbonara awal tadii kot. Hahaa. Tapi housemate suruh buat UPT, Urine Pregnancy Test. Fie malas senanye nak buat sebab sebelom ni banyak kali buat asik negatif je and Fie pun dah berenti mengharap pun nak baby ni, Fie berserah je. Pape pun, still risau untuk amik panadol waktu ni sebab takud jugak betul pregnant kan.
20 November 2016
Harini Fie beli UPT and buat lah test. Alaah ni gamba tak jelas double line dia. Gambar yang jelas entah mana entah hilang hahaa. Okay, bangun pagi lepas beli tu Fie buat test tu and Fie like screaming cam orang gila panggil housemat Fie suruh dia tengokkan. Takud Fie salah tengok. Yang housemate Fie pulak eksaited kate tahniah kat Fie sebab pregnant. Fie punye kepala lutut time ni memang longgar lah kannn. Fie jalan ke ruang tamu and memang jatuh terduduk sebab berbaur gila perasaan ni. Tak percaya ada, nak menangis ada, happy ada, takut pun ada, seram lagi lah ada. Hahaaa. Fie terus call ibu bagitahu, ibu pulak same cam housemate. Hahaa eksaited. Ekceli first call suami opkos. Tapi dia tak jawab. Hampeh. So lepas call ibu, terus call akak ipar sebab kebetulan akak ipar kat rumah mama ade lah dengan suami. So, cakap ngan akak ipar yang Fie preggy and akak ipar kejut suami Fie. Suami Fie ni sejenis yang susah gila nak bangun tapi sebab akak ipar kejut cakap "dik bangun, bini kamu mengandung ni", suami terus bangun and jawab call hahaa. Suami dia dengan mamai-mamai dia tu cam caye tak caye jelah kan. Pape pun suami pesan jangan eksaited sangat, die suruh pi klinik confirmkan dengan doktor then barulah nak eksaited.
So, haritu pergilah gigih carik klinik bukak tapi tak jumpa sebab time tu ahad. Wuwuu.
21 November 2016
Alhamdulillah harini pergi klinik dah and sah pregnant sebab nampak kantung tuu ade. Hee, doktor kate kalau ade kantung means pregnant lah tu. Tapi still muda lagi ni, fetal pun tak nampak lagi. Estimately baru 4 minggu camtu.
26 November 2016
Okay the reason why I went to clinic again after 5 days sebab berlaku nya small bleeding. Memang risau gila walaupon bleeding tu just macam two spot gitu. So, segera pi clinic and alhamdulillah I'm still pregnant. And see, dah ade seketul daging pun dalam kantung tu. Hihikk. Comel. Doktor kate bleeding tu mungkin sebab proses nak kuatkan rahim so no worries lah. ^^
Tapi, Fie tak engat bila, Fie berlaku lagi small bleeding for second time. Again Fie pergi clinic cuma kali ni agak sedih sikit. Doktor scan tak nampak baby. Then doktor state kan Fie dalam ancaman keguguran. Tapi tak gugur lah, cume ancaman je. Sebab buat UPT still positif. Waktu ni Fie pasrah and redho je dengan segale kemungkinan yang akan berlaku. Fie risau je sebab Fie kan belajar di Srawak sesorang and pergi ulang-alik dari kampus ke rumah sewa dengan bas and jalan kaki. Memang lasak lah senang cite. Sebab tu Fie pasrah. Tapi doktor kate selagi tak eluar darah beketul ke tisu-tisu ke inshaa-Allah baby okay. So, Fie tawakal je pada Allah. Fie berserah biar Allah yang jaga dia and Fie jalan kan je kehidupan biasa sebagai student. Mujur time ni dah hujung semester.
So, start je study week Fie balik KL sebab nak bukak buku pink walaupon time ni dah lama tak scan baby and tataw status baby. Fie and suami redha dan tawakal.
Tapi kenn, dalam pada pasrah bagai tu pon, sehari sebelom nak ke klinik tu still beli lagi UPT yang digital pulak hahaa. Takud jugak suami! Cehh poyos je. Alhamdulillah bila check dia kata aku pregnant dah lebih 5 minggu. So yakin lah nak pergi klinik esok nya.
22 Disember 2016
Okay harini first time ke Klinik Ibu dan Anak dekat Cheras. Mase last part of check up process, berjaya tengok baby yang dirindui. Wow, miraclely, elok comey je anak Fie tidoq dalam kantung hahaa. Jantung dia laju benau bedegup macam F1! Fie time ni nak menangis rasa sebab lepas dah kena ancaman keguguran, turun naik flight bagai, but still anak Fie sehat walafiat. Kuatnya anak Fie. Sobss. Terharuuu. Terima kaseh ya Allah sebab jaga anak kuat ni. Habis study week Fie balik Sarawak again and Fie continue jadi student balik. Tapi balik 2 minggu je ni untuk jawab final exam. Disebabkan Fie naik flight so, doktor klinik ibu anak tu suruh Fie scan baby mase kat Sarawak 5 Januari 2017.
4 Januari 2017
Okay ni the latest scan photo yang Fie adaaaa. Masa ni first time ever nampak anak Fie bergerak. Kan Fie ade naik turun flight angkat luggage berat semua tu kan. So, Fie yang asik negative thinking ni macam yakin tak yakin je dengan kesihatan anak Fie. Dengan keadaan Fie yang morning sickness tak lalu makan ape punn lagi. Hmmm, memang risau hari-hari kat anak Fie ni. So, 4 Januari 2017 ni Fie tengok anak Fie. Amboiiii kemainnnn, kejap menarik tarian ikal mayang, kejap bershuffle. Doktor dengan staff kat klinik tu pon seronok tengok anak Fie ni. Alhamdulillah doktor kata anak sehat and aktif, means good lah! So, dapat due date 11 Julai 2017. Weee, will be a July baby! <3
Okay thats all cerite bergambar. Harini, Fie macam biase, tak pernah tak risaukan baby Fie. Harini genap umur dia 4 bulan 2 minggu and Fie risau sebab baby bump Fie kecik je. Hahaa. Logik ke Fie risau pasal bende ni eh? Ke 4 bulan lebih memang abby bump comel je? Heee, maklumlah anak pertama! >,<
Pape pun, Fie kena kencing manis preggy ni. Kekekeee. Sebabnye sepanjang first trimester memang Fie lalu makan bende manis je. Wuwuu. Ni dah masuk second trimester baru lalu makan bende masin masam. Esok kene amik darah 4 kali tu, haritu first kene amik darah alhamdulillah normal balik glucose level. Tapi esok tataw lah. Doa yang baik-baik saja yaaa untuk Fie dan baby! Thanks for reading! ^^
Tahniah!! Mesti tak sabar nanti nak meunggu kelahiran cahaya mata :)
ReplyDeleteyepppp sangat tak sabar. hehe tapi nervous juga. masa berjalan sangat pantass >.<
DeleteSalam perkenalan.. blogwalking dan done follow blog ini. :)
ReplyDeletesalam perkenalan juga. terima kaseh ya♡
DeleteIts very hard for me to read this type of writing. I mean the letters. I took time to read.
ReplyDeleteIts very hard for me to read this type of writing. I mean the letters. I took time to read.
ReplyDeletethanks for the comment. i wanna change it before but idk how bc whenever i tried to change it on html code, its still doesnt work, and my blog template also will effected. sobbss :'(
Deletewahhhh . nk jd mommy dah. thniah .. done follow blog ni ..
ReplyDeleteWahh.. tahniah ye fie.. jg diri baik2 tau..
ReplyDeletehee time kasehhh ♡♡
DeleteTahniah fie. <3 smoga dipermudahkan urusan ber baby nanti. ^^
ReplyDeletethanks♡♡♡ aminnnn♡
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletewahhh, tahniah Fie 😄 jaga kesihatan & kandungan baik2. moga Allah limpahkan rezeki yg melimpah ruah buat family Fie
ReplyDeleteheee thanks awak! inshaa-Allah aminnn ;)
DeleteTahniah kak! Wah dah 4 bulan dh kandungan baby, aktif pulak tuu :D
ReplyDeleteSemoga ibu dan baby dlm perut sihat2 je!
hihikk alhamdulillah tak lama lagi nak masuk 5 bulan. yeyy! aminnn. terime kaseh utk doa <3
Deletecongrats
ReplyDeletethanks <3
DeleteHai fie. Tahniah sebab nak jadi mommy dah. Kita sebaya tapi awak dah ada keluarga. Semoga keluarga awak diberkati Allah dan bahagia hingga ke akhir hayat.
ReplyDeletehee. aminnn. thanks atas doanya.
Deleteyelah lain hamba Dia, lain takdir mereka. takpe sayang, semoga awak terus berjaya dengan apa yg awak dah kecapi :)
congrats!
ReplyDeletesemoga semuanya baik-baik sahaja
alhamdulillah baby kat gamba scan tu dah lahir and sehat hehee. now dah 8 bulan umur dia ^^
Delete