Sayang Dia Hanya Aku Yang Rasa.

Friday, September 23, 2016

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Alhamdulillah, 1 Ogos 2016 yang lepas, genap setahun Fie bergelar isteri kepade suami Fie.

Setuju tak kalau Fie cakap yang kalau kite nak kenal betul pasangan kite, tunggulah sehingga masuk ke alam perkahwinan?

Sebab kenapa Fie cakap camni. Okay, mase bercouple, sapa setuju yang waktu ni, semua manis-manis belake. Senang cakap, pijak semut tak mati lah perangai pasangan kita.
Kita merajuk, dia pujuk. Birthday kita, dia tak pernah lupa. Kita menangis, dia lap air mata kita. Kita berjaya, dia hadiahkan kita sesuatu. Kita minta jumpa, dia bawak kita ke tempat yang romantik. Kita lapar, dia belanja kita makan tanpa pikir bajet yang dia ada. Kita takde kredit, dia topupkan segera.
Heaven bukan?

Okay, kenapa semua ni berlaku?

Sebab pasangan kita nak dapatkan kita untuk jadikan pasangan yang sah. Tak kisah lah pade lelaki dan perempuan. Selagi boleh, kita nak pasangan kita biar jadi pasangan seumur hidup yang sah dan halal bukan? So, thats why kita sibuk menjaga hati pasangan kita selagi boleh, kita korban perasaan kita, asalkan dapat si pasangan kita. Nama pun sayang kan?

Mane Fie tahu semua ni? Fie tanye suami Fie sendiri. And Fie dah alami dah. Oke jujur cakap, Fie lepas kawen Fie expect suami Fie akan same macam mase bercinta sebelum kahwin dulu. So, bile dah kawen, suami Fie berubah almost 180 darjah jugak lah. Haha. Fie merajuk, die taknak pujuk. Sobs, jahat kan? Die lagi mengusik atau buat tak tahu je. Huhu.

Then, Fie tanye suami Fie, kenapa dia tak sama macam mase sebelum kahwin dulu? Fie cakap Fie rindu suami Fie yang dulu. Then suami Fie jawab, die jadi camtu sebab itu diri dia sebenarnye dan mase bercinta dulu, die macam tu sebab die nak dapatkan Fie je. Dah dapat Fie, die perlu jadi diri die sebenarnye je lagi sebab Fie dah pun jadi isteri die.

At first, serius Fie terkilan. But one day Fie realized, selepas Fie bace kisah ruamhtangga bagai dekat buku, laman sosial, laman web etc. Disebabkan Fie dengan suami jarak sejauh 6 tahun, Fie pun baru 21 tahun sekarang ni, and ditambah lagi Fie ni anak manje sebab anak tunggal perempuan pade ibuabah Fie, so Fie memang kuat memberontak dengan suami, Fie kuat merajuk and Fie terlajak manje. Sebab tu Fie camni.

Okey then, after dah bace semua-semua tu, Fie sedar. Fie kene ubah pemikiran Fie, suami Fie hari ini adelah suami Fie yang sebenar. Fie dah tak boleh mengharap suami Fie jadi seorang lelaki yang mase Fie bercinte sebelom kahwin dulu. Alhamdulillah, lepas Fie ubah mindset Fie ni, kemanisan yang datang dari suami semakin Fie dapat rasa. Suami Fie memang berbeza dibanding dengan lelaki lain. Suami Fie punya kasih sayang memang tak dapat lihat dengan mate kasar orang lain, tapi kasih sayang suami Fie pade Fie, hanye Fie yang dapat rasa dan hanye Fie yang nampak.

Sebagai contoh, sebab Fie jiwe remaje, yang jenis cakap kasar, kepale hotak, bongok semua tu memang perkataan biase keluar dari mulut Fie as Fie also anak sulung pade due adik lelaki Fie. So, suami Fie cuba adapt dengan cara hidup Fie. Die okay je kalau Fie gune bahase ni dengan dia. HAha. Kadang Fie rase bersalah jugak and Fie buang habit ni, tapi berjaya dia tak sampai separuh hari pun, pastu keluar balik habit buruk ni. Wuwuu. Maaf suami! (T_T) Walau suami lebih tua daripade Fie, tapi dia yang korban diri dia. Dalam pade die matang, die juge bersikap kebudakan bila dengan Fie.

Selain tu, suami Fie ni boleh kate agak gangster jugak lah, haha. So, die kalau Fie pandang siked je dia, mesti dia akan tanye "APEHAL?" camtu taw. Sampaikan orang sekeliling risau tengok kami. Dorang kata kami macam takde langsung tunjuk kasih sayang suami isteri tu. Tapi actually dorang semua silap. "APEHAL?" suami Fie tu bagi Fie teramat istimewa taw. Sebab "APEHAL?" suami Fie tu hanya Fie yang dapat. Die tak pernah tanye camtu kat orang lain, tapi dengan Fie, haha always. So, bile Fie balik Sarawak untuk study, suami Fie kate die rindu nak cakap "APEHAL?" tu. Hee.

Ha, suami Fie ni ade minat yang childish siked lah, macam dia suka Lego mini figure, Marvel and DC characters, Twiggies and baru ni dia  main Pokemon Go. Hehe. Semua minat dia ni, hanya Fie yang tahu dari A sampai Z. Segale minat dia, dia akan share dekat Fie. Die takde cerite kat yang langsung. As example, die dapat rare pokemon, kejap agi adelah Fie dapat text dari dia sebab dia bahagia dapat Pokemon tu. Hihi. Comel je suami Fie ni.

Lagi, suami Fie ni kan, takyah lah mintak nak die buat suprise, memang die takkan buat kalau dimintak. Tunggu je, eh takyah tunggu je. Sebab dia memang akan buat suprise macam-macam pade Fie cume Fie je tak tahu bile. Janagn expect lah suami Fie akan suprise time birthday ke, time anniversary ke. Sebab dia memang takkan buat. Haha. Tapi die boleh buat suprise pade hari-hari biase. Suami Fie ni, bile die rase die nak buat, die buat lah. Haha. Macam haritu Fie cakap je yang Fie teringin minum susu kambing campur kurma and madu tu ken. Pastu suami Fie just dengar jelah ape Fie cakap, takde respond ape pun. Tapi tak lame pastu, Fie dapat suprise yang suami Fie belikan Fie susu tu. Hihii. Seronoknye Fie takyah cakap lah. 

Okey, ape yang Fie nak cakap kat sini adelah, nak kenal pasangan kite, tunggu lah sampai kahwin dengan dia.  Dan bila dah kahwin, you may have to change everything taw. The way you interact with your partner, the way how to treat them, the way how you have to accept all the truth about your partner, the way how you have to masuk dengan diri pasangan tu. Sebab, sah je dia jadi isteri or suami kita, itulah pasangan baru kita dengan diri nya yang sebenar. Inshaa-Allah. 

Tapi, tak salah kalau nak teruskan sikap mase bercinta sebelum kahwin tu dikekalkan selepas kahwin, malah lebih bagus kod. Cumanya, jangan terlalu memaksa untuk menjadi yang baru kalau tak mampu. Just be youself tapi improve mane yang kurang, mane yang dah baik dan elok, kekalkan. Inshaa-Allah kalau dah pasangan kita sudi menikahi kita, dia pasti boleh terima diri kita sebenarnya dan seadanya. Yang dah berkahwin, mungkin korang boleh ubah mindset korang. Jangan harap dia menjadi seperti yang kita kenal mase before kahwin dulu, sebab bila too high expectation ni boleh buat kita stress je nanti. Bahaya bila stress ni, kalau tak end up sebagai cerai pun, mungkin ade yang bunuh diri je pade yang lemah iman. Nau'uzubillahi minzalik. Minta dijauhkanlah dari semua ni lah kan. Aminnn.

Good luck semua, kepada yang dah berkahwin, bakal berkahwin and dah merancang nak berkahwin kat luar sane tu ye!

P/S: Eh suami, janga marah Fie eh. Fie tak kutuk awak pun lah dalam post ni, Fie sayang awak. Sangat sayang and sangat bahagie dengan awak taw. Thanks sebab sudi jadi suami kepade diri Fie yang nakal degilt etc. ni. Hehee. And hai kawan and jiran since Fie berhingus tu, selamat berjalan lancar penikahan korang berdua this coming 24 September 2016 ni ye. Maaf tak dapat datang, I tak cuti lah Youuu. Hahaa.


Senyum.

Thursday, September 8, 2016

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Senyum, senyum, berat macam mana pun dugaan kita, senyumlah. Tak rugi pun.

Hari ini, aku tiba-tiba teringatkan tabiat suami aku yang terlalu murah dengan senyuman.

Aku masih ingat kali pertama aku bertemu suami aku, dia tersenyum. Senyuman yang jelas nampak keikhlasan di dalam senyumannya itu.

Dulu, sumpah aku pelik macam mana suami aku boleh begitu berani dan hati kering untuk senyum dengan semua manusia yang termasuklah orang asing yang dia tak kenal pun siapa.

Terlalu murah senyumannya.

Tetapi, yang lebih pelik, semua manusia yang mendapat hadiah senyuman dari suami aku tersebut semuanya membalas senyuman suamiku dengan senyuman yang aku jugak nampak ade keikhlasan di dalamnya. Dan lebih menarik, kadang-kadang ade yang terus mengambil langkah bertegur-sapa dengan suami aku.

Untuk aku yang berbeza dengan suami aku, untuk aku yang sangat mahal senyumannya, sumpah aku kagum dengan apa yang aku lihat, dan sumpah aku kagum dengan tabiat suami aku.

Alhamdulillah, sekaligus benda ni membuka hati dan minda aku, tiada salah untuk senyum walaupun kepada orang yang kita tak kenali.

Hari ini, lepas aku teringatkan satu tabiat suami aku ni, aku senyum dengan semue orang. Alhamdulillah semua membalas senyuman aku, malah ada yang menegur sekaligus bergurau dengan aku. Yes, of course, aku tak kenal mereka. Haha. Dan paling penting, percaya lah, dengan hanya senyuman boleh membuatkan kita seharian merasa gembira. Inshaa-Allah.

Iyalah, jangan lupa juga ye, SENYUM ITU KAN SEDEKAH.


Jom SENYUM! 

So, nak tahu lah, korang semua jenis yang macam suami aku atau macam aku? Murah senyuman atau mahal senyuman? Ape reason kenape korang ade tabiat tu? Hee. Jom share di komen! ^^