Detik Kelahiran Bebii Nawrah (Part II)

Thursday, March 22, 2018

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Okay, harini Fie akan sambung Part II tentang detik kelahiran little princess Fie and suami. Yang tak bace lagi Part I boleh KLIK SINIimage

Part II

8 Julai 2017

Setelah semalaman Fie bertarung dengan sakit contraction Fie, seingat Fie, lepas subuh baru sakit contraction tu berkurang and ade darah keluar, tak banyak. Macam period hari ketiga je kuantiti darahnya. Fie bagitahu nurse, nurse just suruh pakai pad since itu bende normal katanya. Sepanjang Fie di hospital tu Fie langsung takde selera nak makan sebenarnye sebab sakit contraction tu. Tapi pagi tu suami Fie pakse Fie suruh makan jugak sebab takud kene bersalin harini, nanti Fie takde tenaga pulak nak teran bersalin. Fie makan kurma and air milo. Entahlah, orang kata tak elok minum milo, tapi alhamdulillah Fie okay je lah. Air selusuh tak sempat buat pun sebab ingat lama lagi nak bersalin nye kan. Huhuu. Makanan hospital Fie tak lalu nak telan sebab heavy meal. image

Dalam jam 8.00 pagi tu, ade dokter perempuan ni buat check up dari ke katil ke katil. Sesampai je doktor tu ke katil Fie, dia tanya Fie ade contraction tak. So Fie jawablah ade. Jadi dia again nak check bukaan Fie. Lepas je dia check, terus dia bagi arahan dekat nurse like this.

"Okay, patient ni dah 4 cm, suruh dia salin baju. Dah boleh masuk labour room (LR)."

Fie as usual, dengan blurrrrr habisnya lah kann. Nurse tu bagi Fie baju bilik bedah yang putih just ikat-ikat tu je tu. Serius Fie tak pernah pakai baju tu and tak tahu nak pakai camne. So, Fie pegi toilet, Fie pakai baju surgery tu je semata-mata. Sampailah ade patient sorang ni tengok Fie sambil tergelak kecil gitu. So Fie tanya lah, salah ke cara Fie pakai? Then patient tu kata, pakailah kain dulu. Hahahaaaa. Lol Fie ni, seksi habis dia pakai baju surgery berikat tu je semata-mata. Buat malu nombor satu Fie ni. So, pakailah Fie baju tu dengan betul hahaaa. image

Then nurse tanya Fie, dah call suami ke. Fie expect nurse tu tanya Fie sebab yang normally para ibu buat bila nak masuk LR tu kan, bermaaf-maaafan ngan suami tu kod. So, Fie pun text and call suami mintak maaf and doa dia. Fie text keluarga and rakan-rakan Fie jugak mohon doa diorang semua. Suami Fie keep texting Fie, risau benorr dia hihihiii. image
Pastu again nurse tu tanya dah call suami ke kan. Fie time ni dah tak paham apesal lah nurse ni sibuk sangat hal Fie ngan suami. Fie dah cakap dah call dah. Tapi tetap dia tak bawak pi LR.
Then nurse tu kata, takpelah, bagitahu suami Fie nak ke LR dah. Nurse tu sorong Fie pakai kerete sorong. image

Keluar je dari wad bersalin, Fie nampak kelibat suami Fie pegang phone. So Fie pun automatically lambai tangan kat suami bye-bye dia. Pastu nurse tanya tu suami ke, Fie jawablah ye. So, nurse suruh suami ikut sekali. Hahahahaaa. Okay, Fie dah dapat and paham kenapa nurse asik tanya dah call suami ke tak tu. Rupanya nak ajak suami masuk LR. Huhuu. Lambat betul Fie ni. image

Takdelah, Fie tak expect tang suami boleh masuk LR tu. Yes, memang before Fie ade mention Hospital Ampang ni husband-friendly, tapi Fie ingat kene lah isi borang bagai ke kan kalau nak masuk LR tu. Suami Fie takde isi borang bagai so Fie memang dah redho suami Fie tak teman masuk LR tu. Rupanya yesss suami Fie boleh masukkk teman Fie bertarung nyawa. Happy sangat Fie, semangat je nak bersalin rasa. Hahaa. image

Masuk je LR, suami Fie tak boleh masuk lagi sementara dia nak pasang berbagai alat and wayar kat Fie tu. Waktu ni air ketuban Fie masih belom pecah. So dia tolong pecahkan pakai cam hook panjang hujung dia runcing gitu nak pecah kan air ketuban Fie. Waktu ni, Fie rasa dokter pelatih yang ditugaskan pecahkan air ketuban Fie. Dokter perempuan. Dia seluk hook tu, nampak ngeri hook tu sebab panjang and runcing, tapi bila dah seluk dalam tak perasan pun. Tahu-tahu air ketuban pecah. Bawah ni bagaimana rupa hook tu. image




Perasaan waktu air ketuban pecah tu tataw lah nak kata camne. Tapi memang Fie layan giler and rase terawang-awangan hahaa. Sebab air ketuban tu suam gilaaa and banyak. Serius best je rasa air suam tu melimpah. Tapi again ade kesilapan di sini. Dokter betul datang tanya dokter pelatih yang ditugaskan pecahkan air ketuban Fie tu. image

Dokter: Dah pecah dah?
Dokter Pelatih: Dah.
Dokter: Awak ade rasa bulu-bulu?
Dokter Pelatih: Bulu-bulu? (sambil muka blurr dia)
Dokter: (mengeluh dan mintak izin Fie untuk dia seluk Fie). Okay, ade rase (bulu-bulu).
Dokter pelatih: Ohh rambut babyyy. 
Dokter: (Geleng kepala).

Selesai je pecahkan ketuban, perut Fie kerap mengeras. Pastu nurse yang in charged LR Fie tanya Fie, nak suntik something ni tak. Fie tak ingat ape bende, tapi bukan inducer. Tak cucuk kat tulang belakang pun. Nurse tu kata ramai orang pakai injection tu. Sebab injection tu bantu mempercepatkan bukaan. Dia takde long-term side effect. Just short-term side effect which Fie dan anak Fie akan mengalami ngantuk yang dasyat gila macam kene ubat pelali. Tapi walau Fie mangantuk, badan dan otak Fie tetap menjalankan tugas meneran tu. So, Fie setuju jelah amik injection tu. Nurse tu inject dekat peha Fie. Then suami Fie dibenarkan masuk.

Ohh, dalam LR, semua peralatan kemas even subang kat telinga pun kene tanggal. Badan kene sehelai sepinggang dibalut baju surgery saja

Suami Fie masuk jer, dia terus genggam tangan Fie. Fie kene inject dalam pukul 10.00 pagi centu. Nurse cakap, since bukaan Fie baru 4 cm and ini anak pertama, normally akan makan mase dalam 8 jam centu baru Fie akan bersalin. Jadi nurse tu arahkan Fie baring je ikut posisi yang Fie selesa. So, Fie baring mengiring menghadap suami Fie. Fie memang ngantuk gila, berat gilaaaa mata waktu tu sampai terlepas genggaman tangan Fie dari tangan suami Fie tu. Fie terlena, tapi Fie tak lena 100%, separa sedar lah. Fie sedar yang perut Fie tak berenti meneran. Selang 5 minit terann, sebiji rasa macam nak berak najis sembelit. Hahaa. Pinggang tak sakit pung. Waktu ni sakit dia rasa sakit perut nak berak je. Takde sakit teruk macam contraction tu.

Waktu Fie bertarung nyawa tu, suami Fie cerita balik kat Fie mase tu punya keadaan dalam LR lepas je Fie selamat bersalin.

Suami Fie kata, nurse dua kali suruh suami Fie makan dulu ke kan sebab katanya anak first take time dekat 8 jan nak keluar. Tapi suami Fie berat hati nak tinggal Fie dalam LR tu sesorang walaupon Fie time tu tak sedar pun dah suami Fie kat mana. Sampailah satu masa macam 11.15 pagi centu, Fie rasa kali ni lain macam teranan dia, paling kuatt rasa nak meneran. Fie bunyik mengerang teran tu pun kuat siked dari before. Fie rasa something besar nak keluar. Fie teran sepuas hati dalam keadaan mengiring tu. Sebab Fie tak berapa nak sedar, Fie tahu Fie nak lepaskan something besar tu je. Pastu, terlepas je something besar tu, ya Allah, Fie rasa heaven giler. Hilang segala kesakitan, rasa ringan giler. Tapi Fie terus terkejut and sedar sebab rasa macam Fie terberak, malu woiii nanti dokter and nurse nampak, huwaaa. On the spot panggil suami and cakaplah kat dia sambil ngantuk tu. image

"Kande, baby rase and bende besar keluar, kande check, baby rase baby terberak lah".

Tapi husband Fie tak check, dia terus keluar LR carik nurse or dokter sebab dalam LR masa tu hanya Fie dan suami je. Mase suami keluar LR tu Fie dengar suare baby taw. Just suara kecik and pendek, bukan suare nangis pun.

"Ekkk."

Ha gitu suara dia. So pastu dokter tanya suami kenapa, Fie dah nak teran ke? Pastu Fie jawablah, Fie dengar suara baby. Jam 11.30 pagi, dokter terus selak kain Fie and cer teka apa di sebalik kain Fie?

TADAAAA~ Jam 11.36 a.m. selamat anak Fie dilahirkan~

Anak Fie wehh, Bebii Nawrah. Dia rupanya "najis besar" yang Fie piker tadi. Huhuhuu. Anak Fie terbaring sujud centu, muka sembam ke katil sebab tu dia tak berbunyik plus anak Fie tido akibat injection tadi kan. So, dokter terus tepuk belakang badan dia, barulah Bebii Nawrah nangis sekejapp uweek uwekkk. Nurse letak ke dada Fie untuk susukan dia lepas je dah potong tali pusat dia. Fie tak boleh nak feeling apa sebab sumpah Fie masih ngantuk tahap dewaaa. Then doktor seluk lagi untuk keluar kan segala uri and sisa darah yang tertinggal dalam rahim tu. Tapi memang dalam LR Fie kecoh. Sebab Fie bersalin sesorang tanpa bantuan mana-mana nurse or dokter. Dokter jugak ade yang marah nurse yang patut jaga Fie kat LR tu takde dengan Fie. Nurse tanya Fie takde rase sakit ke bersalin, Fie jawablah tak, tahu-tahu dah keluar je, Fie ingat Fie berak. Huhuu. image

Pape pun, Fie bersyukur semua selamat, anak Fie tak tergelongsor ke bawah walaupon takde sape sambut dia. Katil Fie pernuh darah sampai kene buang tilam Fie baring sebab nurse memang tak prepare pape untuk Fie. Kain lapik takde. Alatan surgery macam gunting, forcep semua tu pun time selak kain Fie nampak si Bebii Nawrah baru dorang kelam-kabut carik. Yelah, expectation 8 jam, sekali 1 jam setengah je Fie selamat lahirkan puteri hati Fie.
Disebabkan ni, Fie dikenekan caj RM 0.00 untuk LR services sebab no one yang sambut anak Fie. Huhuu. Murahlah siked daripada orang lain walaupun dah bersubsidi. Huhuu.

Tapi, Fie mengalami luka yang teruk, jahitan yang sangat banyak sebab Fie berada dalam posisi tak betul. Fie baring mengiring bukan kangkang. Habis dah nurse yang kata Fie boleh baring camne Fie selesa sebab 8 jam katanyaaa. Fie tak tanya lah berapa jahitan, ape yang Fie dengar dia kata teruk almost nak ke lubang punggung luka dia. Nurse tu adelaah rasa nya benanng sepanjang 30cm dia ganti sampai dua kali baru habis jahit luka Fie. Baru tahu jahit luka ni bukan pakai jarum tapi cangkuk macam mata kail pancing tu hahaaa. Fie tengok pun seriauuu. Tapi sebab ngantuk masih tak hilang so time dia sibuk menjahit tu Fie tidoo. Anak Fie dah selamat diiqamatkan dan tengah dimandikan oleh nurse dengan suami Fie. image

Dalam pukul 1.00 petang, Fie dah boleh keluar LR and kembali ke wad bersalin. Patient lain semua terkejut tengok perut Fie dah hilanggggg. Hahaa. So, patient sebelah katil tanya, dah bersalin? Fie jawablah dah, terus dia terkejut and cakap "sekejapnyaaaa". Hahaaa. Alhamdulillah Allah permudahkan. Sebab tu jujur Fie kata, skala 1 hingga 10, untuk sakit bersalin, Fie bagi 1. Tapi skait contraction Fie bagi 8/9. Hahaa.
Then sampai lah anak Fie ke katil Fie. Fie susukan Bebii Nawrah then Fie and Bebii Nawrah tertido. Suami Fie pun. Penad wooo bertarung nyawa nak bersalin dalam LR tadi. Ekceli bukan waktu melawat tapi suami Fie dapat excuse lah sebab Fie baru lepas bersalin kan. Sampailah petang tu baru lah family Fie datang melawat.

Esoknya, awal pagi 9 Julai 2017 baru Fie discharge sebab kita tak boleh keluar selagi anak tak kencing and berak. Kene tunjuk kat nurse kencing and najis baby, kalau everything normal, baru boleh balik.

Okay, itulah dia kesudahan detik kelahiran anak Fie. Hee. Thanks semua sudi baca, tinggal komen okayyyimageimage


image

Gambar pertama yang dedii tangkap selepas selamat dilahirkan. Yes, mata dia memang terus buntang bulat centu bila sampai je wad bersalin macam nampak jeeee sekeliling. Huhuu. Patient lain pun terkejut tengok mata di bukak besor gitu.


Ni, selepas keluar wad. Berpantang sehari saja di rumah mama mertua, selebihnya di rumah ibu Fie.


Ini agak latest phot lah, masa 7 bulan. Dah pandai duduk dalam baby chair. Heee.


Okay, sekian saja kisah. Oh nama penuh tuan puteri Fie and suami ni, Nurul Nawrah al Ieman Binti Muhammad Ridzuan al Sidiq. Maksud nama dia, Cahaya Bunga Keimananimage 


image

image